
PelbagaiArkib Blog |
Fesyen OnlinePerhiasan Online |

WaNie's Blog
Inilah Kisah Sekelilingku.....
| Rumah Baru | 4:11 PTG |
|
pendapat (2)
Filed under:
|
|
Alhamdulillah, akhirnya impian ku untuk mendiami sebuah rumah milik sendiri telah termakbul walaupun banyak rintangan dan dugaan serta berhabisan wang ringgit dalam memastikan semua persiapan mencukupi untuk kami sekeluarga selesa bermalam dan berteduh tetapi semua itu amat berbaloi.
Berpindah memang seronok tapi penat, penat mengemas barang-barang untuk dipindahkan, penat menyusun barangan dan penat menghias. Kini dah hampir 1 bulan kami sekeluarga tinggal di rumah baru tapi masih kelam kabut barang-barang dari rumah lama sebab belum dapat disusn dengan kemas lagi.
1 bilik yang asalnya dikhaskan untuk suami membuat ulangkaji serta melakukan tugas menyelenggara komputer turut menjadi sasaran penyimpanan barangan dan kotak-kotak. Nasib suami tidak mempunyai halangan dan merungut tentang perkara tu. Bilik anak lelaki yang di bahagian belakang turut menjadi mangsa penyimpanan kota-kotak berisi pakaian. Nasib la dia masih baby lagi, kalau tak mungkin dia pun pandai bising...
Yang baru dapat dikemaskan sepenuhnya hanyalah bilik anak perempuanku, dengan katil saiz 'Queen' bilik dia sememangnya nampak padat.. tapi itulah kemahuan dia.. kami ikutkan sahaja selagi ianya dalam kemampuan kami suami isteri.
Kini apa yang bermain di benak fikiran ku hanyalah mengemas rumah dan menyediakan bajet untuk majlis doa selamat sempena kami mendiami rumah baru disamping dapat mengenali jiran tetangga semasa majlis itu nanti.. Insyallah.
| Asal Usul Solat | 11:55 PTG |
|
Filed under:
Motivasi
|
|
SUBUH:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat.
Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
- Rakaat pertama :- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
- Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.
ZOHOR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s.,iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.
- Rakaat pertama :- Bersyukur bagi penebusan .
- Rakaat kedua :- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya .
- Rakaat ketiga :- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
- Rakaat keempat :- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.
ASAR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:
- Rakaat pertama :- Kelam dengan kesalahan.
- Rakaat kedua :- Kelam dengan air laut .
- Rakaat ketiga :- Kelam dengan malam.
- Rakaat keempat :- Kelam dengan perut ikan Nun .
MAGHRIB:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:
- Rakaat pertama :- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
- Rakaat kedua :- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
- Rakaat ketiga :- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.
ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita.. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
- Rakaat pertama :- Dukacita terhadap isterinya.
- Rakaat kedua :- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
- Rakaat ketiga :- Dukacita terhadap Firaun.
- Rakaat keempat :- Dukacita terhadap anak Firaun .
Terbitkan makna dalam kita mengerjakan solat semoga dengan memahami bacaan akan membuat kita lebih khusuk dalam solat.
Allah Maha Besar (Takbiratulihram)
Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk
tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.
Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka,
bukan jalan mereka yang Engkau murkai
dan bukan jalan mereka yang sesat.
Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian..
Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.
Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah..
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah
dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah
dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya
sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
Doa Qunut
Ya Allah,
berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan,
dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.
| Mendidik Anak Tanggungjawap Bersama | 11:53 PTG |
|
Filed under:
Motivasi
|
|
Hari masih gelap lagi, namun kelihatan seorang ibu muda telah keluar ke tempat kerja dan ketika matahari terbenam, barulah si ibu pulang ke rumah. Senario ini bukan lagi asing bagi wanita bekerjaya. Peranan menyara anak bukan lagi dipukul oleh bapa sahaja, sebaliknya dikongsi bersama wanita bergelar isteri.
Mereka memberi tumpuan kepada keluarga dan dalam masa sama, membina kerjaya. Kedua-duanya harus dipukul dan kadang-kala, tidak mampu berjalan seiringan. Dalam membina kerjaya, tanpa disedari tumpuan kepada anak semakin berkurangan. Ada yang berpendapat keruntuhan nilai moral golongan muda berpunca daripada ibu moden yang gagal melaksanakan tanggungjawap mereka. Wanita dikatakan berlumba-lumba dengan kaum lelaki untuk mendirikan kerjaya masing-masing hingga mengabaikan tanggungjawap di rumah.
Jangan menuding jari
Tidak dinafikan bahawa ada kebenaran pada kata-kata ini. Memang ada para ibu moden yang mengabaikan tanggungjawap sebagai ibu. Ini adalah kerana mereka belum fakham erti kejayaan yang sebenarnya di dalam hidup. Mereka asyik mengejar kejayaan kerjaya dan mengabaikan tanggungjawap membesarkan anak-anak. Hidup mereka menjadi tidak seimbang dan anak-anak serta rumahtangga menjadi mangsa.
Dalam masa yang sama sebagai seorang yang insaf dan tawaduk, kita tidak mahu menuding jari kepada satu pihak sahaja. Ini bukan merupakan akhlak yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Ar-Rasul mengajar kita untuk melihat apa yang berlaku pada diri kita dan sekeliling kita sebagai cermin diri kita. Bila sesuatu yang kurang kira senangi berlaku, kita perlu menanyakan kepada diri sendiri, apakah tanggungjawap saya di sini? Bagaimana saya boleh memperbaiki keadaan? Bagaimana kita boleh membawa kembali keseimbangan kepada apa yang berlaku di sekeliling kita ini?
Keruntuhan moral dan penyakit sosial ini adalah tanggungjawap bersama. Memang mudah mengatakan bahawa anak-anak menjadi tidak keruan kerana tiada pendidikan daripada ibu mereka kerana masyarakat telah akur bahawa hal mendidik anak ini hanyalah tugas para ibu. Persoalannya, adakah ini benar? Bukankah di dalam sebuah keluarga, para suami adalah ketua dan tanggungjawap mendidik keluarga terletak di atas bahu suami? Kadang-kadang suami lebih banyak menuntut dan menyalahkan isteri apabila ada hal-hal yang dianggapnya tidak baik. Misalnya, ketika anak malas belajar atau beribadah, suami biasanya akan menyalahkan isteri. Kata-kata seperti, "Hah! Itulah awak, tak pandai jaga anak!" sangat biasa dilemparkan oleh seorang suami kepada isterinya. Isteri dianggap tidak mampu memperhatikan anak, tidak mampu mendidik, dan sebagainya. Padahal, persoalan mendidik anak bukan tanggungjawab isteri semata-mata. Tidak sedikit rumah tangga yang menganggap pendidikan anak hanya tanggungjawap (pekerjaan) ibu, sementara suami lebih sibuk mencari nafkah. Padahal sosok ibu hanya sebahagian daripada potensi rumahtangga. Memang mencari nafkah bagi suami adalah kewajipan bahkan ibadah. Namun sesungguhnya, kewajiban suami itu bukan hanya mencari wang atau mencari nafkah lahir, tetapi seorang suami juga mempunyai kewajiban untuk menanamkan visi dalam rumah tangga. Untuk menunjukkan betapa beratnya tanggungjawap ini, Allah kiaskan di dalam solat jenazah. Cuba lihat di mana kedudukan imam pada jenazah lelaki dan di mana pula pada jenazah perempuan? Dan tanyalah mengapa sedemikian ketentuanNya? Tentu ada rahsia yang tersirat!
Lengkap-melengkapi
Mahu tidak mahu, kita perlu akur juga kepada keadaan di mana ramai juga anak-anak menjadi liar disebabkan perhubungan yang tidak baik dengan para bapa. Scenario ini berlaku kerana ada pada bapa yang mengambil mudah tanggungjawap memimpin isteri dan keluarga. Ada yang tidak berpengetahuan dan sekadar mengikut apa yang dilihatnya orang lain buat. Ada pula kerana tidak faham erti menjadi seorang bapa yang bertanggungjawap. Terdapat juga para suami yang meninggalkan isteri mereka dan jadilah isteri-isteri itu ibu-ibu tunggal yang perlu keluar pagi balik malamhanya kerana mahu mencari sesuap nasi untuk anak-anak yang ditinggalkan bapa. Lantaran itu, anak-anak terbiar juga. Hati merekasakit juga. Anak-anak yang sakit ini mencari ubat mereka di luar dan yang mereka jumpa adalah syaitan bertopengkan tabib!
Adalah tidak sihat juga jika pihak perempuan mengatakan semua yang terjadi salah lelaki. Sama juga tidak sihatnya untuk pihak lelaki mengatakan semua nin salah perempuan. Allah jadikan kita lelaki dan perempuan supaya kita sama-sama saling lengkap-melengkapi satu sama lain dan bukan menyalahkan satu sama lain. Di situ jugalah betapa pentingnya ibu dan bapa untuk pertumbuhan sihat diri anak-anak.
Sebuah masyarakat yang meletakkan tanggungjawap membesarkan anak-anak hanya di bahu ibu, akan perlu mejawap natijah pegangan itu. Anak-anak memerlukan kelembutan si ibu dan ketegasan si bapa di dalam mendidik mereka.
Bagi yang menyalahkan para wanita di dalam keruntuhan masyarakat, nanti dulu! Sebelum anda meneruskan hujah, cuba cari jawapan mengapa wanita-wanita ini keluar rumah begitu lama? Adakah semuanya kerana mahu mengejar umpan kerjaya? Pada pendapat saya, ini tidak benar. Ramai para wanita perlu keluar dan mencari pekerjaan kerana suami yang sepatutnya menjadi pelindung, tidak mampu berbuat demikian dan ada yang tidak mahu berbuat demikian. Anak-anak hampir kebuluran, maka hati seorang ibu tudak sanggup melihat anak-anaknya terus menderita. Wanita yang menerima nasib sebegini terpaksa menyelesaikan tanggungjawap yang sebenarnya bukan tanggungjawapnya.
Bermula di rumah
Sekali lagi, marilah sama-sama kita menyedai bahawa tanggungjawap mendidik seorang anak adalah tanggungjawap bersama. Malah ada sebuah pepatah yang berbunyi lebih kurang begini, "seluruh kampung perlu bekerjasama untuk membesarkan seorang anak dengan sempurna."
Marilah kita kaum ibu dan bapa melihat lebih dalam bagaimana kita boleh membantu para ibu dan bapa yang masih belum faham untuk melaksanakan tanggungjawap mereka dengan baik. Begitu juga dengan hati yang rendah, saya sarankan kepada para lelaki untuk melihat bagaimana mereka boleh menjadi pemimpin keluarga dan dunia dengan lebih baik. Dan seharusnya, kepimpinan bermula di rumah. Cuma hati yang dipenuhi kasih sayang terutama kepada Penciptanya akan mengambil tanggungjawap ini dan menghalang diri mancari kesalahan orang lain.
Jadikanlah kata-kata di bawah ini sebagai azimat hidup kita, baik para lelaki mahupun wanita, iaitu, "Saya mambawa perbezaan ke dunia ini!". Apabila setiap dia antara kita sedar dan mengambil langkah bahawa kita bertanggungjawap terhadap melahirkan generasi cemerlang, barulah generasi cemerlang itu terbina.
Hadith Nabi s.a.w.:
Daripada Salman bin 'Amir r.a., Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sedekah kepada golongan miskin, ganjarannya hanyalah sekadar pahala sedekah; sedangkan sedekah kepada mereka yang mempunyai hubungan silaturrahim terdapat dua ganjaran, iaitu pahala sedekah dan pahala menjalin hubungan silaturrahim."
Hadith riwayat al-Tirmizi
hari ini, remaja2 kita kehulu ke hilir dengan pasangan masing.kebanyakan mereka berumur belasan tahun.yang jelas,mereka tidak tahu apa itu jodoh atau perkahwinan. berkepit dengan perasaan riang gembira.seolah dunia dia yang punya.
jadi,pergaulan seumpama ini perlu dihentikan dengan apa cara sekalipun.guru- guru di sekolah perlulah berleter hal ini kepada anak-anak murid mengenai akibat buruk perbuatan mereka ini.para ibu bapa mungkin tidak perasan dengan perangai anak-anak mereka atau mereka sudah tiada boleh apa-apa lagi dengan tabiat kepala batu anak mereka.jiran yang menegur perbuatan anak-anak seperti ini mungkin terjadi perkara yang tidak diduga seperti diserang oleh ibu bapa mereka atau anak-anak ini akan merosak harta benda jiran yang perihatin ini.pepatah melayu ada menyatakan " beranak seorang- seorang tetapi mendidiknya beramai-ramai " perlu dihayati dan diamalkan sepanjang masa.


